image via : thecakelist.com |
Kadang2 kerana banyak persiapan yg kena di bereskan dan 'last minute preparation', meyediakan meja kek untuk upacara memotong kek terlepas pandang. Sepatutnya meja kek di hias supaya kecantikan kek teserlah dan menarik setiap mata yg memandang apatah lagi ia adalah salah satu acara yg penting dalam majlis. Sayang sekali selepas kita berbelanja untuk mendapat kek yg dihajati tetapi 'presentation' nya mengecewakan. Caterer hendak lah di beritahu awal2 supaya menyediakan meja kek yg 'glamorous', kerana banyak yg terjadi last minute tangkap muat sahaja, kain alas meja sengget sebelah, warna tak masuk thema, meja terlalu kecil dsb nya..
ini lah yg terjadi bila kek dah sampai, meja kek belum di sediakan, akhir nya meja kelihatan tak sempurna.. |
Di sini AyannMama ingin berkongsi idea dari pembacaan, melayari internet dan pengalaman kami yang tak seberapa..
1. Lokasi meja - jika majlis resepsi di adakan di dewan tentukan meja tidak dekat dengan pintu, pemadam api (fire extinguisher), tanda 'Exit', tanda 'Toilet' dan sebagainya. Carilah 'background' yg cantik bila di adakan sesi photo. Begitu juga kalau di adakan di rumah carilah background yg sesuai.
2. Kelopak bunga rose, bunga segar, belon, lilin dan juga lampu, gambar pengantin juga boleh di gunakan untuk menghias meja.
walaupun waktu siang tea candles tetap cantik di gunakan image via : weddingtrends-rias |
3. Biar lah kek nampak tinggi untuk mendapat impak maksima! Walaupun kek setingkat kalau tahu cara nya masih boleh nampak 'grand'. Ya..gunakan pillars dan kek stand yg agak tinggi!
stand yg tinggi menampakan kek lebih besar dan tinggi. warna alas meja yg 'contrast' juga memberi kesan yg menarik. image via : coppercakestand.com |
cake stand AyannMama |
ayan gunakan cake stand yg sama semasa pertandingan kek kahwin |
lampu' lip lap' menceriakan meja image : a bride's day off |
4. Sediakan pisau kek yang cantik dengan pinggan alas serta sudu kek. Piring2 dessert, napkin(kain atau kertas yg cantik) juga patut ada kerana sesudah memotong kek senang di hidangkan terus.
hiasan bunga dan daun hijau serta pisau kek credits to : phillipferrara.com |
Itu saja serba sedikit yg dapat di kongsi, hingga di lain post..take care...
No comments:
Post a Comment